seismik

[VIDEO] Baru Feeling Nak Celebrate Gol, Tak Sangka Pula Bola Boleh Melantun Keluar

Tak tak jadi terus celebrate.

Cover image via @capt.shah (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bola sepak merupakan sukan kegemaran kaum lelaki, kadangkala sanggup bangun pukul 2 atau 3 pagi demi menonton pasukan kegemaran mereka beraksi

Jika anda pernah ke stadium menonton bola sepak, tentu anda tahu bagaimana suasananya bukan? Ia sangat meriah, lagi-lagi bila saat bola dijaringkan. Memang kecoh satu stadium.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini memaparkan seorang pemuda baru mahu meraikan bola jaringannya terbantut apabila bola itu melantun keluar.

Lihat video itu di bawah:

Ingatkan gol, rupa-rupanya terkena tiang

Menerusi video tersebut, kelihatan sedang berlangsungnya perlawanan bola sepak di sebuah padang.

Tidak lama selepas itu, salah seorangnya telah berjaya menendang bola ke arah pintu gol dan terus meraikannya. Pada awalnya dia ingat bola itu sudah masuk ke gawang gol, tetapi rupa-rupanya ia terkena tiang menyebabkannya melantun keluar.

Menyedari situasi itu, rakan-rakannya di tepi padang dengan segera memberitahu bahawa bola itu tidak dijaringkan dan perlawanan masih diteruskan.

"Dengar cerita sampai sekarang brader tu tak tahu lagi yang bola tu tak masuk" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan menyakat aksi pemuda tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 677.2K views, 94.8K likes dan 1,131 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Aduhai, abang tu dah siap buat gaya dah sekali tak gol rupanya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: