seismik

"Ultraman Terbang" - Reka Dalam Bentuk Ultraman, Drone Ini Raih Tumpuan Ramai. Style!

Bukan biasa-biasa ni.

Cover image via @rasz_malik (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti ramai di sini yang pernah melihat atau menggunakan sendiri drone bukan?

Drone telah menjadi salah satu permainan teknologi yang semakin hangat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Drone merupakan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) atau dalam erti lain ialah kenderaan yang bergerak di udara tanpa membawa manusia di dalamnya atau di luar garis penglihatan.

Namun, tular video baru-baru ini sekumpulan lelaki mencipta drone berbentuk Ultraman telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@rasz_malik Dpt jgak fly otomen ni mngigil wei dlm live terbang ni sbb tkut ramai kecam otomen x terbang best x tgok otomen terbang?full vid kat abam @GpilotFpV #teamskalor #petraflyers #rcplane original sound - Azaman Hadi - Man Zeppeli

Reka Ultraman terbang, tak sangka menjadi

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan pemuda sedang bertungkus lumus untuk mencipta drone buatan mereka yang terdiri dari maskot Ultraman.

Mereka akhirnya berjaya dan terus menerbangkannya di kawasan lapang sambil momen itu dirakam oleh drone yang lain.

Lihat video sambungan disebalik hasil kerja mereka di bawah:

@rasz_malik Behind the scene success terbang otomen..kat Live tau fly ni..tq @Mad Tree take over live, @muiz.. tolong baling, @GpilotFpV camera fpv drone and @aidiluav engineer #teamskalor #petraflyers #rcplane sunet original - U_S_A Military

"Bang malam-malam sarungkan kain putih ye , pastu letak sound ketawa hahaha" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.2M views, 249.7K likes dan 3,910 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Ini kalau terbang malam-malam memang seram :P

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: