seismik

Photographer Saja Usik Cara Ambil Gambar Sweet, Muka Pengantin Lelaki Pula Tahan Marah

Dia sabar je tu bang.

Cover image via @nazrimus4 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, pasangan pengantin akan mengupah jurugambar untuk mengambil gambar-gambar kahwin mereka

Iyalah, sebagai kenangan di hari tua nanti kan. Bukan gambar saja, sekarang ramai juga orang yang mengambil khidmat video. 

Sudah tentu, pasangan pengantin pasti akan merasa kekok bila nak ambil gambar kahwin kan? Tak tahu macam mana nak pose dengan betul dan sweet.

Sama seperti video ini apabila seorang jurugambar sengaja mengusik pengantin lelaki dengan menunjukkan cara mengambil gambar bersama pasangan telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

@nazrimus4

kenapa ek pengantin lelaki mcm x happy je. x tahu salahnya dkt mana!!!

original sound - Nazri Musa

Saja usik pengantin lelaki, tunjuk cara posing yang sweet

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang jurugambar sedang mengambil gambar pasangan pengantin untuk sesi outdoor.

Namun, apa yang lebih mencuit hati adalah apabila dia menunjukkan cara mengambil gambar yang sweet disebabkan pengantin lelaki seperti kekok.

Malah, dia siap 'acah' bergambar dengan pengantin perempuan sendiri untuk menunjukkan caranya. Situasi itu membuatkan muka pengantin lelaki seperti sedang menahan marah kerana melihat aksi mereka itu.

Difahamkan, jurugambar dan pengantin perempuan itu adalah adik-beradik kandung.

"Nasib baca komen, adik beradik rupanya baru nak geram" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat jurugambar itu. Ada yang memberitahu nasib baik mereka adalah adik beradik.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 441.8K views, 11.6K likes dan 495 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Nasib baik adik beradik, kalau tak mengamuk betul tu :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: