"Ya Allah, Aku Kat Sini Je" - Kakak Terhibur Si Adik Tak Nampaknya Masa Ambil Dari Sekolah
Berangan ke dik.
Dulu semasa kita pulang dari sekolah, pasti ibu atau ayah yang akan menjemput kita pulang bukan?
Kalau bukan mereka pun, pasti ada ahli keluarga yang lain datang tak pun kita naik bas sekolah betul tak? Kalau mereka lambat terpaksalah menunggu sekejap.
Tetapi, ada juga kadangkala kita tak perasan yang mereka sebenarnya sudah datang awal cuma kita saja tak nampak. Tentu perkara ini pernah berlaku pada anda juga.
Sama seperti video di TikTok ini apabila seorang gadis berkongsi gelagat lucu adiknya yang tidak nampak kehadirannya untuk menjemput dari sekolah telah menghiburkan hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
Lama berdiri tunggu, adik masih tak nampak kewujudannya
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis berkongsi gelagat lucu si adik semasa dia mengambilnya pulang dari sekolah.
Pada awalnya, gadis itu dilihat berdiri di sebuah kawasan untuk menunggu adiknya keluar. Dia malah dilihat menunggu betul-betul di depan tangga dengan harapan adiknya akan nampak.
Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah sebaik saja adiknya keluar. Budak itu dilihat jalan menonong tanpa memandang kiri kanan, sehinggakan dia tidak perasan kakaknya di depan mata.
Selepas mendengar gadis itu gelak barulah si adik perasan kewujudannya di situ.
"Memang betul-betul dah dekat still tak nampak hahaha" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.9M views, 308.9K likes dan 1,814 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!