"Main Pistol Tembak" - Gelagat Abang Usik Adik Baru Lepas Sunat Ini Bikin Semua Cuak
Nervous betul!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap kanak-kanak lelaki Islam akan mengalami 'kesakitan' sunat
Perkara itu telah diwajibkan dan seelok-eloknya mereka disunat semasa kecil lagi. Sememangnya, pengalaman sunat pasti sukar dilupakan kerana mereka terpaksa menahan sakit.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang budak lelaki yang baru sunat menangis kerana diusik abangnya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tengah tahan sakit sunat, sekali abang pula kuat mengusik
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang mengisi peluru ke dalam pistol mainan dan diacukan ke arah adiknya.
Apa yang membuatkan situasi jadi lebih cemas adalah dia mengacukan pistol ke arah adiknya yang baru lepas sunat. Adiknya menjerit ketakutan sehingga dia menangis pada akhir video. Mujur, abangnya hanya bermain-main saja.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Nanti abang kahwin dia balas balik kat anak abang" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.8M tontonan, 201K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan reaksi masing-masing di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @ajibgrill (TikTok)
Image via @ajibgrill (TikTok)
Image via @ajibgrill (TikTok)
Image via @ajibgrill (TikTok)
Hm.. buat perangai betul si abang. Kesian adik dia menangis dah tu :')
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment