seismik

[VIDEO] "Rupa-Rupanya Kepit Bawah Ketiak" - Suami Sakan Cari Bantal Busuk Ini Undang Tawa

Bini dia punya gelak memang lawak!

Cover image via @ririnar24 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan, masa kecil dulu kita memang mempunyai bantal busuk untuk jadi peneman tidur bukan?

Ada sesetengahnya sampai meningkat dewasa pun perlukan bantal busuk untuk tidur. Kalau tidak memang susah untuk tidur. Iyalah, sudah biasa dengan bau dan bentuk bantal itu. Jadi kekok pula bila tiada. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila suami naik gila mencari bantal busuk kesayangan telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@ririnar24

Kisah bantal busuk @anissulasaadofficial ‍‍

original sound - RirinaR24 - RirinaR24

Isteri gelak sakan bila suami cari bantal busuk satu rumah

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang mencari bantal busuknya di dalam dia dan isterinya. 

Dengan selamba, isterinya menanyakan keberadaan bantal busuknya sambil gelak non-stop. Si isteri juga menyuruhnya mencari dengan teliti sehingga luar bilik. 

Tidak lama kemudian, suaminya dilihat baru sedar yang selama ini bantal busuknya dikepit bawah ketiaknya. Sebaik saja terjumpa, dia mencium bau bantal busuknya itu. 

"Sakit perut aku gelak, memang semua boleh relate contoh paling senang cermin mata" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.2M tontonan, 124K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat suami isteri itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai lawak betul lah, seorang dengan gelaknya, seorang lagi dengan blurnya. :'D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: