"Terbukti Selamat" - Idea Balut Kereta Guna Plastik Untuk Persediaan Banjir Ini Berguna
Terima kasih kongsi tips!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Umum ketahui, beberapa buah negeri di Malaysia telah dilanda banjir kilat baru-baru ini
Antaranya termasuklah negeri Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Melaka dan lain-lain lagi. Berikutan bencana itu, ramai yang terkesan sehingga rumah dan kereta mereka rosak dihanyut air. Bukan setakat itu, ada juga yang terkorban nyawa disebabkan lemas.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila sebuah keluarga menggunakan plastik untuk membalut kereta mereka untuk persediaan banjir telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Balut kereta guna plastik besar seperti balut hadiah
Menerusi video berkenaan, kelihatan keluarga Siti Zulaikha pernah membalut kereta mereka denga plastik besar yang dibeli di Shopee untuk bersedia menghadapi banjir pada tahun 2014.
Video berkenaan kemudian viral semula di media sosial baru-baru ini dan telah menarik perhatian ramai. Dia juga mengatakan ini merupakan salah satu langkah berjaga-jaga pada musim tengkujuh.
"Yang mana kata banjir tak boleh diramal jadi plastik ni sangat tak relevan tu mmg betul tak boleh di amal tapi untuk negeri-negeri yang biasa banjir diorang memag sentiasa bersiap sedia bila tiba musim tengkujuh, ni salah 1 ikhtiar ye..selebihnya tawakal", katanya.
Klik sini untuk lihat produk.
Lihat posting berkenaan itu di bawah:
"Kalau macam ni bukan setakat kereta selamat, alat-alat elektrik boleh juga dibalut, terbaik" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 87K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terkejut wujudnya produk ini dan rata-rata ingin membelinya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Anda kini boleh membuat sumbangan menerusi Tabung Bencana NSTP-Media Prima yang akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan bagi membantu meringankan beban mereka.
Setiap sumbangan yang diberikan amatlah dihargai.