seismik

"Macam Bunyi Help" - Pemuda Ini Selamatkan Kambing Semasa Banjir Cetus Reaksi Netizen

First time dengar kambing keluarkan bunyi macam tu.

Cover image via @mhmdnqiudinn (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti umum ketahui, beberapa buah negeri telah dilanda banjir kilat baru-baru ini

Sehinggakan ramai yang terkesan akibat bencana ini. Ada juga yang terkorban nyawanya disebabkan lemas dihanyut air. Tidak dinafikan banjir kali ini merupakan sebuah tragedi buat semua rakyat Malaysia. 

Semua mangsa banjir sudah pasti bertungkus-lumus untuk mendapatkan bantuan kecemasan sambil mengangkat barang penting bagi yang berkesempatan. Sama seperti video yang tular di TikTok apabila seorang pemuda cuba menyelamatkan kambing telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Dukung kambing yang mengembek seperti bayi

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang mendukung sesuatu daripada jauh dengan keadaan banjir tetapi air telah surut. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia dilihat mendukung seekor kambing untuk menyelamatkannya daripada dihanyut air. Lebih melucukan lagi adalah apabila kambing itu mengeluarkan bunyi menangis seperti bunyi 'help'. 

Lihat video sambungan itu di bawah: 

"Trauma member ingat nak kena korban" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3.7M tontonan, 481K tanda suka dan 12K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihatnya. Malah, mereka juga memberikan pelbagai reaksi lucu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kambing pun ada hati dan perasaan tau. Menangis dia! :P

Anda kini boleh membuat sumbangan menerusi Tabung Bencana NSTP-Media Prima yang akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan bagi membantu meringankan beban mereka.

Setiap sumbangan yang diberikan amatlah dihargai.

Image via SAYS Seismik

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: