seismik

"Kuasa Allah" - Satu Rumah Dibanjiri Air, Bilik Solat Tetap Kering Buat Ramai Terpegun

Subhanallah...

Cover image via @cik_juliaa (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Berikutan banjir kilat yang melanda di beberapa buah negeri, ramai yang terkesan sehinggakan ada yang terkorban

Antara tempat yang dilanda banjir teruk ialah Shah Alam, Taman Sri Muda, Hulu Langat dan lain-lain tempat di negeri lain. Tidak dinafikan, banjir kali ini memang dikatakan paling teruk jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya. 

Namun, perkara ajaib berlaku semasa banjir apabila sebuah video tular di TikTok baru-baru ini tentang bilik solat dilihat kering dan tidak dimasuki air telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Seluruh rumah kena air, bilik solat saja yang kering

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang merakam situasi rumahnya setelah dilanda banjir baru-baru ini.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia mendapati bilik solatnya kering dan tidak terkena air langsung. Manakala, seluruh rumah dan bilik yang lain telah pun dibanjiri air dan kelihatan berselerak.

"Subhanallah, semalam tengok video ustazah pasal Al-Quran tenggelam tapi tak basah, harini bilik solat pula" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 146K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terkejut dan terpegun tentang kuasa Tuhan. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Allahuakbar, semoga perkongsian ini memberi pengajaran kepada kita semua.

Anda kini boleh membuat sumbangan menerusi Tabung Bencana NSTP-Media Prima yang akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan bagi membantu meringankan beban mereka.

Setiap sumbangan yang diberikan amatlah dihargai.

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: