seismik

"Diselamatkan Helikopter" - Menantu PM Tampil Beri Penjelasan Tentang Pertikaian Netizen

Ramai netizen yang mengecam tindakan Jovian Mandagie itu.

Cover image via @jmandagie (Instagram) & @diyanaaamira (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita banjir kilat di kawasan Selangor antaranya ialah Shah Alam

Ramai yang terkesan akibat bencana banjir yang berlaku. Sehinggakan ada yang tidur di bumbung semalaman untuk menunggu kumpulan penyelemat sampai.

Namun, tular di media sosial Twitter baru-baru ini tentang seorang wanita mengecam tindakan Jovian Mandagie iaitu menantu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri yang menaiki helikopter.

Lihat posting itu di bawah:

Susulan tularnya posting itu, Jovian tampil untuk beri penjelasan melalui akaun Instagramnya

"Isu helikopter, tak perlu diperpanjang. Bukan nak menunjuk, kalau nak menunjuk saya dah posing & buat video OOTD sakan. Those who know me, you know I am nothing like that."

"Saya tak guna aset kerajaan, lillahitaala tak mungkin saya akan guna benda yang bukan hak saya. You all nak maki hamun saya, go ahead but those are fitnah."

"Kenapa tak guna heli nak bantu orang ramai? Pasal itu heli commercial, jadi tak boleh nak buka pintu and turun2kan bantuan atau naikkan mangsa etc. Saya tiba2 buat bantuan setelah kena viral di twitter? Saya bantu ikhlas kali ni, sewaktu White PPE, Palestine mask, bendera putih mask dan apa pun bencana. Saya suka bantu orang, dan ikhlas!",
tulisnya. 

Dia juga menjelaskan bahawa helikopter yang dinaiki itu tidak sesuai untuk membantu mangsa kerana ia jenis komersial. Lantas itu, dia juga menyeru orang ramai untuk menghentikan fitnah dan membantu untuk ikut serta mengagihkan makanan kepada mangsa banjir.

Orang ramai mempertikaikan tindakannya yang tidak kena dengan masa. Ramai menasihati Jovian tidak patut menayangkan gambar atau videonya. 

Lihat posting berkenaan di bawah:

Mari kita berdoa sama-sama supaya mangsa banjir dipermudahkan segala urusan.

Anda kini boleh membuat sumbangan menerusi Tabung Bencana NSTP-Media Prima yang akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan bagi membantu meringankan beban mereka.

Setiap sumbangan yang diberikan amatlah dihargai.

Image via SAYS Seismik

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: