[VIDEO] Pemuda Syok Buat Burger Cheese, Sekali 'Kuali Terbang' Pula Curi Tumpuan
Auto berzapin ya dia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Burger tepi jalan sememangnya telah menjadi favourite semua orang
Bukan setakat mempunyai pelbagai menu, kadangkala burger tepi jalan juga lebih sedap jika dibandingkan dengan restoran makanan segera. Ditambah baik pula dengan menu yang unik antaranya kepelbagaian sos, jenis keju dan lain-lain. Memang sedap!
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang pemuda membuat burger cheese tetapi kualinya terpelanting telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Syok buat cheese, sekali kuali auto terbang selepas kena kipas
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang menyiapkan pesanan burger daripada pelanggan.
Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila dia ingin meletakkan cheese ke dalam burger, dia dilihat mengangkat pan kuali terlalu tinggi sehingga terkena kipas. Kuali tersebut dilihat terus terbang dan terpelanting jauh.
Lebih melucukan lagi adalah apabila dia yang terkejut terus menari seperti orang berzapin itu mengundang dekah. Rupa-rupanya, pan kualinya terpelanting ke atas bumbung gerai mereka.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Mujur pan tu tak rembat kepala abang belakang" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.3M tontonan, 327K tanda suka dan 3K komen, rata-rata netizen turut terkejut dan terhibur melihat insiden itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: