"Adat Keluarga" - Pengantin Rela Disimbah Pelbagai Jenis Air Ini Undang Persoalan Netizen
Siap ada kuah kari tu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Majlis perkahwinan semestinya merupakan satu saat yang paling dinanti-nantikan oleh bakal pengantin
Iyalah, dapat menjalinkan hubungan yang sah setelah sekian lama. Majlis perkahwinan juga sangat meriah dengan gelak tawa keluarga dan sanak saudara yang datang dari jauh. Namun, sudah pasti banyak aktiviti yang dilakukan setelah selesai majlis.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila pasangan pengantin disimbah air oleh saudara mara di perkarangan rumah telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:Kena simbah air dan macam-macam jenis kuah oleh saudara mara
Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan pengantin dipaksa duduk di kerusi yang terletak di halaman rumah mereka.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila keluarga dan sanak saudara mereka dilihat sengaja menyimbah pelbagai jenis air atas badan mereka. Air yang disimbah bukan setakat air masak, ada juga air yang manis seperti air lemon, kopi dan sebagainya.
"Tak cukup syahdu tu kak, lain kali bagi air cuci ayam dan kuah kari basi" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih 2.9M tontonan, 207K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan reaksi masing-masing mengenainya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: