[VIDEO] Pinggan Sendiri Tak Terusik, Suami Suap Isteri Di Restoran Ini Buat Ramai Terharu
Kasih sayang hingga jannah.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
'Susah senang bersama', itu kata-kata yang sering dilontarkan oleh orang ramai dalam hidup berpasangan
Dalam perjalanan hidup kita, sudah pasti diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Ada yang diuji dari segi kewangan, ada juga dari segi kesihatan. Namun, itu bukan menjadi satu faktor untuk pasangan meninggalkan seseorang itu setelah diuji.
Sama seperti kisah yang viral di TikTok apabila seorang suami dilihat setia menyuap si isteri di sebuah restoran telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Suap makanan ke isteri sebab nak dahulukan dia
Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan suami isteri sedang berada di restoran untuk makan tengah hari.
Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila si suami dilihat menyuap isteri yang tidak berdaya dengan penuh kasih sayang.
Dia sanggup menepikan pinggannya demi mendahulukan isterinya. Si suami juga sangat ikhlas dengan siap mengelapkan mulut isteri yang comot itu. Situasi mereka membuatkan ramai tersentuh dan kagum dengan sifat keperibadiannya.
Lihat video penuh sambungan itu di bawah:
"Aku terima nikahnya, bukan waktu suka ria tapi waktu duka lara hingga hujung nyawa, amin" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 26K tontonan, 2K tanda suka dan 186 komen di TikTok, rata-rata netizen turut sebak dan tersentuh melihat mereka.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: