seismik

"Bahagia Hingga Jannah" - Lelaki Sarawak Kahwin Dua Wanita Serentak Raih Bualan Netizen

Fuyo!

Cover image via Mohamad Muhidin (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Perkahwinan merupakan detik paling gembira yang ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan

Iyalah, dapat menjalinkan hubungan yang sah setelah sekian lama. Kebiasaannya, pasangan kekasih akan terasa excited untuk membuat majlis perkahwinan dan menempah wedding photoshoot. 

Sama seperti pasangan yang tular baru-baru ini, namun lelaki kelahiran Sarawak ini mempunyai pengalaman luar biasa apabila dia berkahwin dengan dua wanita dengan serentak itu telah mencuri tumpuan. 

Lihat gambar perkahwinan mereka di bawah: 

Kahwini dua wanita pada masa yang sama, siap photoshoot sekali

Menerusi posting berkenaan, kelihatan sebuah keluarga sedang melakukan wedding photoshoot di lokasi yang tidak dikenal pasti.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila lelaki itu berkahwin dengan dua orang wanita secara serentak. Mereka dilihat sedang melakukan gaya yang mesra untuk penggambaran perkahiwnan.

Foto yang berkualiti tinggi dan cantik itu ditangkap oleh photographer handal yang dikenali sebagai Mohamad Muhidin. 

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih sebanyak 614 tanda suka, 300 komen dan 1.5K kongsi di Facebook

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi kepada pasangan itu. Malah, ramai yang mendoakan kebahagiaan pasangan itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Cantik betul semua gambarnya, semoga kekal bahagia hingga jannah! <3

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: