seismik

"Terpaksa Ku Relakan" - Wanita Ini Kongsi Perubahan Drastik Sebelum & Selepas Mengandung

Demi anak, ibu sanggup berkorban.

Cover image via @dayahdeelly (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Pengorbanan seorang ibu memang sangat besar dalam hidup kita sejak melahirkan sehinggalah membesarkan kita

Setiap wanita yang mengandung pasti pernah mengalami pelbagai pengalaman yang unik. Ada yang alah kepada bau atau makanan. Ada juga yang mengidam makanan yang tidak pernah dimakan sebelum ini. 

Terlalu banyak perubahan yang dialami oleh setiap ibu mengandung di luar sana. Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang wanita berkongsi before and after gambarnya semasa mengandung itu telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@dayahdeelly

55 kg to 86 kg , Jerawat satu badan naik muka kembang semangkuk . Keluar seketul 2.38kg je . Omak eh yang berat rupanya . Hahahahaha . Semoga cita cita untuk kembali kepada sediakala tercapai

Rihanna Umbrella -

Naik berat badan dan muka penuh dengan jerawat kecil

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang berkongsi gambarnya sebelum dan selepas mengandung di laman TikToknya.

Dia dilihat mengalami perubahan yang ketara antaranya ialah berat badan semakin naik daripada 55kg sehingga 86kg. Jerawat juga naik satu badan sehinggakan mukanya break out. Padahal bayi yang lahir hanyalah 2.3kg saja. 

Wanita itu tidak putus asa untuk mengembalikan rupa fizikal seperti dulu. "Semoga cita-cita untuk kembali kepada sediakala tercapai", katanya. 

"Pregnancy is wonderful life, takpa nanti boleh kembali gorgeous balik" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3.3M tontonan, 207K tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan kata-kata semangat kepada wanita itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kuatkan semangat sis, jangan putus asa. InsyaAllah nanti cantik balik! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: