"Kalut Sangat Ni" - Gadis Tersalah Pakai Selipar Berlainan Ke Kedai Undang Tawa Ramai
Boleh pula dia pakai selipar jamban.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sedar atau tidak, sebenarnya ada saja situasi yang kelakar berlaku dalam kehidupan seharian kita
Ia berlaku tanpa sengaja dan kadangkala tanpa kita sedar pun. Antaranya memakai baju dengan terbalik, memakai selipar berlainan dan banyak lagi.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang gadis memakai selipar yang berlainan pergi ke kedai telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak perasaan pakai selipar jamban keluar rumah
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang berjalan di kedai MR.DIY untuk mencari barang.
Apa yang melucukan adalah apabila dia dilihat selamba memakai selipar jamban keluar rumah. Dia tidak perasan selipar yang dipakainya itu berlainan di sebelah kiri dan kanan.
Dia kemudian dilihat baru perasan setelah lama berjalan di dalam kedai. Dengan tidak dapat menahan gelak, dia terduduk sambil tertawa atas lantai.
"Aku pun pernah keluar kereta selipar lain sebelah, patut rasa macam jalan tinggi sebelah" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 588K tontonan, 36K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gadis itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: