seismik

"Salah Orang" - Adik Lapar Cari Susu, Sekali Dibantainya Abang Sebelah Bikin Ramai Dekah

Risau dik!

Cover image via @leeyawadi (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sudah menjadi kebiasaan bagi bayi yang baru lahir akan sentiasa merengek meminta susu bukan?

Selain merengek meminta digendong, bayi akan menangis bila mereka lapar dan mula mencari susu. Bagi ibu yang menyusu, mereka perlu sentiasa berada di sisi untuk menyusukan bayi mereka.

Namun, tular sebuah video di TikTok apabila seorang bayi dilihat menangis dan mula mencari susu ibu telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ibu tak ada di sebelah, dibantainya abang untuk mencari susu

Menerusi video yang dimuat naik oleh @leeyawadi di laman TikToknya , kelihatan seorang budak lelaki dan adiknya sedang baring di atas tilam.

Apa yang lebih melucukan adalah apabila si adik itu dilihat merengek dan menangis seperti mahu mencari susu ibunya. 

Namun, disebabkan ibu tiada di sisinya, dia dilihat seakan-akan menghisap baju abangnya. Abangnya pula memberikan reaksi yang blur dan terkejut. Kemudian, abangnya pula beredar dari situ.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@leeyawadi

Video sebelum abang “menyusukan” adik. Kalau ni pun kena removed juga, em tahla

เสียงต้นฉบับ - POCIKI | NINJA - POCIKI | NINJA

"Nanti dah besar bila gaduh, abang be like, dulu waktu kecil-kecil abang yang susukan kau tau" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 640K tontonan, 45K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur. Malah ramai juga yang memberikan pelbagai reaksi. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: