seismik

[VIDEO] "Hampa Kecewa Pun Ada" - Usik Monyet Nak Bagi Makan, Sekali Monyet Pula Kena Game

Dia siap check line clear ke tak.

Cover image via @azrl.fzly_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Monyet dan makanan memang berpisah tiada, pasti akan dirembat mereka kalau anda bawa makanan di kawasan yang ada monyet

Mereka memang sangat lincah dan nakal. Panjang betul akal nak mencuri makanan di sekeliling. Pernah terjadi  monyet yang sempat merasmikan makanan owner semasa memesan di foodpanda. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang gadis mengusik monyet dari dalam kereta telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Monyet kena 'game' masa nak curi makanan

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang berada di dalam kereta sambil memegang makanan. 

Dia dilihat mengusik monyet yang berada di depan cermin keretanya itu dengan menghulurkan makanan ke arah monyet. 

Apa yang lebih melucukan adalah apabila seekor monyet dilihat menyemak sama ada line clear atau tidak untuk dia mencuri makanan itu. Kemudian, datang lagi seekor monyet yang terus ingin mengambil makanan di situ namun gagal kerana mereka kena game. 

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

@azrl.fzly_

Part 2 ,bagi kau mkn sampai owner pon tk dpt makan cik nyet#lawakmalaysia #Fyp #lawaktiktok

bunyi asal - azrl.fzly_ - azrl.fzly_

"Lain kali jangan buat macamtu kak, kesian monyet kena scam - Netizen"

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.5M tontonan, 153K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihatnya. Malah, ada juga yang bersimpati dengan monyet itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kesian monyet tu dah lapar, pastu kena scam! :'(

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: