"Ingatkan Hantu" - Kena Usik Masa Basuh Pinggan Di Dapur, Reaksi Gelabahnya Raih Perhatian
Dia punya riuh basuh pinggan.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pasti semua orang akan takut kepada 'benda ghaib' jika kita bersendirian bukan?
Tambahan lagi, bila memang ada perangai manusia yang penakut. Dengar suara sikit memang dah auto meremang kalau berseorangan.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang budak gelabah apabila diusik ibunya itu telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Terus laju basuh pinggan bila terdengar suara
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki sedang membasuh pinggan di dapur rumah kerana disuruh ibunya.
Dia dilihat membasuh pinggan dengan teliti pada awalnya. Namun setelah diusik oleh ibunya melalui pintu belakang, dia dilihat membasuh pinggan dengan laju kerana takut.
Memang tidak dinafikan oleh ibunya, dia seorang yang penakut. Apabila ibunya membuka pintu dan gertaknya, dia menjerit dan melompat kecil.
"Jangan takutkan orang yang sedia takut", kata ibunya.
"Walaupun dalam keadaan takut, dia tetap setia bekerja, terbaik dik" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.5M tontonan, 132K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi budak itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: