seismik

[VIDEO] "Perang Dunia" - Minta Suami Ironkan, Sekali Larikan Diri Lepas Lubangkan Tudung

Cari nahas.

Cover image via @ekynrosnyy__ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan bila sebut saja pasal tudung, kaum wanita akan terlebih sensitif

Iyalah, rata-rata tudung perlu digosok sebelum memakainya supaya kelihatan licin, tidak berkedut dan kemas. Namun, kaum lelaki kadangkala selamba saja terduduk atau merosakkan tudung kesayangan para wanita. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila tudung isteri menjadi lubang gara-gara suami itu telah menjadi perhatian. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@ekynrosnyy__

nakk perang dunia kaa mcm mana nie???

suara asli - _ - _

Tidak sengaja lubangkan tudung lepas isteri minta ironkan

Menerusi video berkenaan, kelihatan sepasang suami isteri sedang menginap di sebuah hotel. Mereka kelihatan sedang bersiap-siap mahu keluar. 

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila si isteri mendapati tudung kesayangannya lubang gara-gara suaminya yang menggosok. 

Setelah dimarahi, suaminya dilihat terus beredar daripada kawasan tersebut bagi mengelakkan sebarang perkara daripada berlaku. 

Si isteri tidak berputus asa untuk menggayakan tudung berlubang itu. Mujur, dia masih boleh mengenakan tudung itu dengan menyorokkan bahagian lubang ke arah dalam. 

Lihat video sambungan itu di bawah:

@ekynrosnyy__

bye melakaaaaa, tudung berlubang pun still onz

DJ Ningguin VAASTE Slow Bolly Remix By Nofin Asia -

"Masak kau bang, confirm-confirm tidur luar" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 175K tontonan, 6K tanda suka dan 200 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi tersebut. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Habislah bang, lepas ini kena pujuk isteri ganti balik tudung baru tau! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: