seismik

"Kalau Tak KL Tenggelam" - 5 Juta Meter Padu Air Berjaya Dilencongkan Ke SMART Tunnel

Netizen puji jasa Tun M.

Cover image via Free Malaysian Today & New Straits Times

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti umum ketahui, beberapa negeri di Malaysia telah dilanda banjir termasuklah Kuala Lumpur

Bukan setakat itu, beberapa negeri juga terkesan akibat banjir ini. Antaranya adalah Selangor, Melaka, Pahang dan lain-lain lagi.

Banjir kilat kali ini merupakan banjir paling teruk yang pernah dihadapi oleh rakyat Malaysia. Ramai juga terkesan akibat banjir itu sehinggakan terdapat 9 orang yang terkorban setakat ini.

Pasti anda tahu kewujudan SMART Tunnel yang terletak di ibu kota Kuala Lumpur bukan?

SMART Tunnel ialah akronim bagi Stormwater Management and Road Tunnel. Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Banjir ini dibina untuk mengelakkan banjir di kawasan yang padat. Objektif terowong ini adalah untuk menempatkan air lencongan yang terlimpah akibat banjir.

Image via FMT

Berjaya lencongkan air sebanyak 5 juta meter padu air

Menurut sumber, terowong itu berjaya melencongkan air sebanyak 5 juta meter padu air. Jika terowong ini tidak diaktifkan, kemungkinan besar Kuala Lumpur sudah tenggelam akibat banjir kilat.

Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata, lencongan air banjir ini mula diaktifkan pada 7.45 malam Sabtu lepas.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengaktifkan lencongan banjir dalam usaha mengurangkan impak kejadian banjir"

“Lencongan SMART telah mula diaktifkan sehingga mod 4 pada jam 7.45 malam 18 Disember 2021 sehingga jam 12.00 tengah hari ini, lencongan telah diturunkan kepada mod 1 dengan sebanyak 5 juta meter padu air berjaya dilencongkan sejak semalam,” katanya.

Image via NST

"Air sungai Klang akan masuk ke Kuala Lumpur bercantum di Masjid Jamek (jika kita tidak lencongkan), kita dah keluarkan 5 juta meter padu, dalam keadaan itu pun air masih berada di paras bawah jambatan", jelasnya. 

Image via Geodata

Susulan itu, netizen turut memuji jasa Tun Mahathir kerana membina terowong berkenaan

Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook

Anda kini boleh membuat sumbangan menerusi Tabung Bencana NSTP-Media Prima yang akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan bagi membantu meringankan beban mereka.

Setiap sumbangan yang diberikan amatlah dihargai.

Image via SAYS Seismik

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: