Banjir 2021: Rumah Hanyut Terkena Air, Yang Tinggal Hanyalah Tangga Menjadi Perhatian
Kejadian ini berlaku di Kampung Jawa, Hulu Langat.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Banjir kilat yang melanda negeri Selangor selama dua hari itu menyebabkan ramai yang terkesan
Banyak rumah ditelenggami oleh paras air yang tinggi. Sehinggakan ada rumah mengalami pelbagai kerosakan dek kerana 'ditelan' oleh air yang deras.
Sama seperti gambar yang tular baru-baru ini di media sosial yang memaparkan rumah hanyut dilanda banjir telah menjadi perhatian.
Lihat posting itu di bawah:
Hanya tinggal tangga batu manakala yang lain hanyut dibawa air
Menerusi sumber, rumah berkenaan merupakan rumah pusaka ibu bapanya di Batu 18, Kampung Jawa, Hulu Langat.
Pemilik rumah itu yang dikenali sebagai Rodiah Mahfuz berkata, rumah itu didiami oleh seorang kakak sulungnya Rohana Mahfuz. Kakaknya sempat memaklumkan paras air mula naik di rumah itu.
Orang kampung menasihati Rohana supaya mengosongkan rumah berkenaan dengan segera dan berteduh di rumah ahli keluarga terdekat.
Rodiah juga berkata bahawa sebelum ini rumah itu pernah mengalami kerosakan teruk akibat banjir 30 tahun lalu, namun tidak pernah musnah seperti ini.
Anda kini boleh membuat sumbangan menerusi Tabung Bencana NSTP-Media Prima yang akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan bagi membantu meringankan beban mereka.
Setiap sumbangan yang diberikan amatlah dihargai.