seismik

"Lautan Air Sanggup Redah" - Kenduri Kahwin Tetap Berlangsung Masa Banjir Buat Ramai Kagum

"Floating wedding gitu" - Netizen

Cover image via @jaitopok98 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti umum ketahui, banjir kilat yang melanda bumi Malaysia baru-baru ini telah mengakibat ramai yang terkesan

Terutamanya di negeri Selangor, Melaka, Pahang dan beberapa negeri lagi yang mengalami banjir kilat. Perkara tersebut juga mengakibatkan sesetengah majlis kenduri kahwin tidak dapat dilaksanakan sehingga keluarga pengantin terpaksa menanggung kerugian yang besar. 

Namun, tular baru-baru ini di TikTok apabila tetamu sanggup redah air banjir untuk menghadiri kenduri kahwin telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Sanggup basah-basah dan hadir majlis kenduri kahwin rakan

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan pemuda sedang menghadiri majlis kenduri kahwin rakan mereka.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila mereka sanggup redah air banjir dan kebasahan sambil makan nasi minyak.

Tindakan mereka itu membuat ramai kagum terutamanya pihak pengantin. Keluarga pengantin juga sangat bersyukur kerana masih ada tetamu yang sanggup datang.

"Walaupun banjir melanda, makan di kenduri tetap on" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 439K tontonan, 24K tanda suka dan 400 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alhamdulillah, ada juga yang nak datang habiskan makanan tu ya. Syukur! :)

Anda kini boleh membuat sumbangan menerusi Tabung Bencana NSTP-Media Prima yang akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan bagi membantu meringankan beban mereka.

Setiap sumbangan yang diberikan amatlah dihargai.

Image via SAYS Seismik

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: