Majikan Tangkap Sendiri Bibik Bawa Lari RM12K Barang Kemas, Duit & Barang Branded Di Klang
Nasib baik dapat tangkap, geram ya!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas terpaksa menunggu selama dua jam di balai polis susulan dia membuat laporan tentang orang gajinya yang mencuri duit sehingga berbelas ribu miliknya
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @equeen_esmae di laman X, wanita itu memberitahu bahawa polis yang bertugas di balai tersebut bertindak lambat membuat tangkapan terhadap orang gajinya itu.
Dia terpaksa menunggu selama dua jam dan akhirnya bertindak untuk menangkap sendiri orang gajinya yang didakwa mencuri RM12,000 barang kemas, duit, minyak wangi, makeup, jambangan duit, bagasi dan kasut kepunyaannya.
"2 jam tunggu minta balai buat tangkapan dekat lokasi cuma 7 minit tapi polis datang naik motor je, kecewa sangat-sangat. Barang curi semua kena rampas. Menguntungkan bibik je kalau jadi macam ni," katanya.
Image via @equeen_esmae (X)
Beri amaran kepada orang ramai agar berhati-hati dengan orang gaji sendiri
Susulan itu, wanita berkenaan kesal kerana kesemua barangan yang dicuri tidak dapat semula kerana pihak polis ingin menjadikan sebagai bahan kes.
"Jaga-jaga kepada semua majikan yang nak hire bibik yang tinggal di rumah. Sebab kes kitaorang ni end up settle tepi je. Sebab kalau tak tarik report, barang curi and semua barang kemas tak dapat balik. Majikan dapat kerugian besar lagi. Jaga-jaga dengan bibik ni," katanya lagi.
Image via @equeen_esmae (X)
Image via @equeen_esmae (X)
Lihat ciapan penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment