Majlis Kahwin Bertukar Jadi Doa Tahlil, Gadis Ini Meninggal Dunia Sehari Sebelum Bernikah
Gadis berkenaan dikatakan meminum racun sebelum meninggal dunia.
Tiada seorang pun yang tahu tentang perjalanan hidup kita melainkan Tuhan. Sudah semestinya soal ajal, jodoh dan rezeki telah ditetapkan oleh-NYA sejak azali lagi.
Namun, tiada siapa juga menyangka bagaimana akan berakhirnya kehidupan yang kita jalani.
Seperti yang berlaku kepada seorang gadis ini yang sepatutnya akan bernikah dengan bakal suami tetapi tidak kesampaian apabila dia pergi menghadap Ilahi sehari sebelum dinikahkan.
Image via Tribun News
Segala persiapan perkahwinan sudah siap dilakukan
Menurut laporan, segala persiapan majlis perkahwinan gadis itu bersama bakal suaminya telah siap dilakukan.
Ianya termasuk pelamin, khemah dan juga makanan yang akan dihidangkan untuk para tetamu yang hadir.
Gadis berkenaan difahamkan akan melangsungkan majlis pernikahan di rumahnya pada Isnin (30 November) lalu.
Sempat pergi ke rumah bakal suami untuk menghantar baju pernikahan
Bapa gadis itu memberitahu, dua hari sebelum majlis arwah sempat menghantarkan baju untuk dipakai oleh bakal suaminya di hari pernikahan mereka.
Namun, selepas itu dia mendapat panggilan mengejut daripada rakan arwah dan memberitahu arwah berada di hospital dan tidak sedarkan diri.
Image via Indo Zone
Dikatakan meminum racun sebelum dimasukkan ke hospital
Rakannya ada memberitahu bapa gadis berkenaan bahawa arwah telah dimasukkan ke hospital dan tidak sedarkan diri kerana meminum racun.
"Saya bergegas ke hospital dan sempat berjumpa dengan calon menantu untuk mengetahui perkara sebenar"Selepas dirawat, arwah akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada Ahad malam (29 November), sehari sebelum majlis pernikahannya.
"Saya tanya anak saya di mana, dia beritahu di hospital. Kemudian saya tanya, anak saya minum racun di mana, dia menjawab tidak tahu," katanya.
Image via Tribun News
Majlis pernikahan bertukar menjadi majlis doa tahlil
Walau bagaimanapun, majlis tersebut tetap diteruskan dengan majlis tahlil yang dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat.
Sehingga kini, polis masih menyiasat punca sebenar kejadian berdasarkan hasil bedah siasat.
Image via Tribun News
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment