seismik

[VIDEO] "4 Tahun Tanggung Sakit" - Gadis Ini Akhirnya Berjaya Keluar Dari Hubungan Toxic

Gadis ini bersyukur kerana berjaya keluar dari episod hitam.

Cover image via @asylee_ (TikTok)

Hubungan cinta di antara dua insan istimewa sememangnya sangat bahagia

Namun begitu, bukan semua orang dapat merasakan kebahagian tersebut daripada pasangan masing-masing.

Ada di antaranya perlu menghadapi dengan hubungan yang toxic sehingga menjadikan ianya satu mimpi ngeri.

Begitulah yang terjadi kepada seorang gadis yang terpaksa menanggung segala kesakitan sepanjang berada dalam hubungan yang toxic bersama teman lelakinya.

Terpaksa menanggung kesakitan dan derita selama 4 tahun

Menerusi satu video yang tular di TikTok itu, gadis berkenaan mendedahkan dirinya pernah berada dalam sebuah hubungan yang toxic.

Dia sebelum itu bersama dengan bekas teman lelakinya selama 4 tahun menjalinkan hubungan cinta.

Gadis berkenaan juga mengakui sudah banyak memendam hati kerana sering dikasari oleh teman lelakinya.

Malah, apa yang lebih teruk apabila kesemua duit gajinya turut dihabiskan oleh lelaki tersebut dan dia terpaksa ikat perut untuk meneruskan kehidupan.

Berjaya keluar dari hubungan itu dengan kehadiran seorang lelaki yang baik

Justeru itu, dia juga berdoa agar lelaki tersebut berubah namun sebaliknya dituduh sebagai mata duitan pula.

Akhirnya dia bersyukur kerana berjaya keluar dalam hubungan itu dan bertemu dengan seorang lelaki yang kini menjadi kekasih barunya.

Pengganti barunya itu disifatkan sebagai seorang lelaki yang baik dan yakin boleh melindungi dirinya.

@asylee_

Untuk perempuan yang pernah senasib, awak deserves better sayanggg ##fyp ##foryou ##fyp

original sound - Asylee

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen menyokong dengan tindakan gadis berkenaan yang membawa diri keluar daripada hubungan toxic itu

Jangan pernah jemu untuk berdoa sebab Allah Maha Mendengar :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: