seismik

Buat Semua Peminat Roti Gardenia, Ini Senarai Harga Yang Baru Anda Perlu Tahu

Peningkatan harga mulai dari RM0.05 hingga RM0.20 itu bermula hari ini.

Cover image via @Jomkitamy (Twitter) & Barangan Muslim

Gardenia Bakeries Sdn. Bhd. (GBKL) memaklumkan beberapa jenis roti keluaran syarikat tersebut akan mengalami kenaikan harga di antara lima hingga 20 sen bermula hari ini

Sejak semalam tular mengenai satu kenyataan daripada pihak Gardenia tentang beberapa produk keluarannya yang mengalami kenaikan harga.

Peningkatan harga itu bermula dari RM0.05 melibatkan produk roti seperti Gardenia Squiggles - Funky Strawberry, Choco Malto, Gardenia Delicia Soft Roll - Butter Toffee, Sambal Bilis dan Gardenia Fluffy Red Beans.

Sementara itu, bagi kenaikan harga RM0.20 pula melibatkan produk roti The Gardenia Toast’em, Delicia Butter Raisin, Butterscotch, Choco Raisin dan Raspberry Milk & Cranberries.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Warisan Daily Mart

Kenaikan harga itu disebabkan peningkatan harga bahan mentah

Menerusi sumber, peningkatan harga produk-produk berkenaan adalah disebabkan oleh kenaikan harga bahan mentah seperti lemak sayuran, serbuk koko, susu dan pembungkusan.

Keputusan untuk menaikkan harga produk adalah pilihan terakhir yang terpaksa diambil oleh syarikat.

"Semakan harga ini dibuat kerana kenaikan harga bahan mentah seperti lemak sayuran, serbuk koko, susu dan pembungkusan.

"Fokus kami sekarang adalah untuk terus meningkatkan usaha untuk mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan operasi," katanya.

Image via Astro Awani

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: