[VIDEO] "Kata Main Game" - Gadis Ini Sedih Lihat Kekasih Joging Bersama Perempuan Lain
Sakit, tapi itulah yang perlu dilaluinya.
Siapa saja yang tidak sedih apabila melihat orang yang disayangi curang di depan mata bukan?
Lagi-lagi jika hubungan cinta itu sudah terjalin begitu lamanya dengan si dia yang dicintai.
Alangkah hancurnya hati bila mendapat tahu orang yang dipercayai mempermainkan hati dan perasaan kita. Ia amatlah pedih sekali.
Begitulah nasib yang menimpa seorang gadis apabila mengetahui teman lelakinya curang bersama perempuan lain di depan matanya sendiri.
Bila di tanya cakap main game, tapi nampak dengan perempuan lain
Gadis itu pada mulanya sedang beriadah di sebuah taman bersama seorang rakannya dan secara tiba-tiba dia ternampak susuk tubuh seorang lelaki sama seperti teman lelakinya.
Untuk mendapatkan kepastian, dia kemudian menghantar mesej pertanyaan kepada lelaki itu tentang keberadaannya.
Namun, lelaki itu menipunya dengan membalas sedang berada di rumah dan bermain game, tapi hakikatnya sedang keluar bersama perempuan lain.
Sempat merakam segalanya untuk dijadikan bukti
Meskipun perit pada masa itu, gadis berkenaan sempat merakam segalanya bagi dijadikan bahan bukti.
Ditanya mengapa dia tidak menerjah saja mereka berdua, dia menegaskan enggan mengeruhkan keadaan kerana berkemungkinan besar mereka akan bertengkar di khalayak ramai dan akan mendapat malu.
Lelaki itu kemudian membalas dengan ingin memperjelaskan semuanya tetapi gadis berkenaan masih belum bersedia.
Tinjauan di ruangan komen juga mendapati warganet turut bersedih dengan apa yang terjadi padanya dan memberikan kata positif untuk lebih kuat