seismik

[VIDEO] "Niat Balik Nak Halal" - Lelaki Akur Kekasih Dirampas Lepas 6 Bulan Kerja Offshore

5 tahun bercinta akhirnya musnah.

Cover image via @waffenssarmy (TikTok)

Macam-macam kisah yang sering kita dengar mengenai hubungan percintaan baru-baru ini

Meskipun sudah banyak tenaga dan usaha dilakukan untuk menjaga hubungan itu namun, kadang kala kesudahannya sangat mengecewakan.

Tetapi betul kata orang, hubungan yang lama tidak menjamin akan bersatu ke jinjang pelamin jika tidak ditakdirkan untuk bersama.

Seperti yang berlaku kepada seorang lelaki yang menjadi viral baru-baru ini kerana menceritakan kisah percintaannya dengan seorang gadis yang dibina selama 5 tahun akhirnya musnah begitu saja.

Kerja offshore selama 6 bulan dengan niat balik nak bernikah dengan kekasih

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman TikTok, lelaki berkenaan menyatakan hasratnya untuk menghalalkan gadis tersebut selepas dia kembali ke darat nanti.

Malah, dia sanggup menyahut cabaran untuk menerima kerja di laut selama enam bulan di sebuah syarikat pelantar minyak demi niatnya itu.

Percintaan 5 tahun musnah dalam sekelip mata bila kekasih dirampas

Betapa luluhnya hati apabila mendapat tahu gadis yang dipercayai dan dicintai selama ini telah berubah hati.

Apa yang lebih menyedihkan dia sendiri tidak menyangka hubungan yang dibina selama lima tahun itu musnah begitu saja kerana orang ketiga.

Walaupun berasa amat kecewa dan sedih, lelaki berkenaan tetap bersyukur dengan hikmah yang ditunjukkan selain mendoakan kebahagian bekas kekasihnya itu.

@waffenssarmy

Bercinta 5Tahun,belayar 6bulan,balik darat niat nk HALALKAN,tau2 ade peminta sedekah rampas sisa aku,xpelah semoga bahagia##sabar ##sealife ##fyp ##fyp

bunyi asal - ShaifulShza(WC)

Ada hikmah disebalik semua yang terjadi. Semoga lelaki ini tabah atas ujian yang diberikan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: