seismik

Tiada Siapa Sertai Kelas Online Cikgu Ini, Tapi Akhirnya Anak Sendiri Sahaja Yang Masuk

Ada di antaranya sengaja mematikan telefon.

Cover image via @skinleas (Twitter)

Pelaksanaan pembelajaran atas talian telah lama dipraktikkan di negara-negara maju kerana ia dipercayai mampu memberikan pelbagai manfaat dan kebaikan

Seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bagi membendung penularan wabak Covid-19, kaedah pembelajaran atas talian merupakan suatu keperluan.

Ini termasuk bagi universiti tempatan, universiti swasta dan tidak ketinggalan sekolah-sekolah di Malaysia yang tiada pilihan lain dengan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara maya.

Ianya bagi memastikan silibus pengajaran dapat disampaikan dengan sebaik mungkin dan sesi pembelajaran tidak ditangguhkan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Govtech

Pelajar tak ambil kisah kelas online yang dibuat cikgu

Namun, lain pula dengan kisah yang viral baru-baru apabila seorang gadis di laman Twitternya menceritakan pengalaman bapanya yang hanya menghadap laptop seorang diri kerana tiada seorang pun pelajarnya memasuki kelas tersebut.

Apa yang lebih menyedihkan, bapanya menunggu hampir setengah jam bagi pelajar-pelajarnya untuk memasuki kelas berkenaan.

Terpaksa menelefon seorang demi seorang pelajar untuk hadir

Menerusi perkongsian tersebut, cikgu tersebut juga terpaksa menelefon seorang demi seorang pelajarnya untuk meminta mereka hadir ke kelas berkenaan.

Tetapi, ada yang memberi alasan sedang bekerja dan juga ada yang langsung tidak mengangkat panggilan telefon.

Difahamkan pelajar-pelajar ini akan menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang dijangka bermula pada Februari tahun depan.

Tak sampai hati tengok bapa seorang, anak sertai kelas berkenaan

Oleh kerana sedih melihat bapanya yang menunggu seorang diri di depan laptop, gadis berkenaan mengambil keputusan untuk mendaftarkan diri dan masuk ke kelas online bapanya itu.

Gadis itu kemudiannya dapat melihat reaksi bapanya yang sedikit tergelak apabila melihat anaknya yang menyertai kelas tersebut.

Sementara itu, posting tersebut mendapat pelbagai reaksi dan komen daripada netizen yang kesal dengan sikap pelajar kerana mengabaikan tanggungjawab mereka

Pentingnya keberkatan seorang cikgu tu, baru lancar segala urusan pembelajaran kita :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: