seismik

[VIDEO] "Saya Rindu Awak" - Tinggal 2 Bulan Nak Bernikah, Bakal Suami Pergi Buat Selamanya

Ajal, jodoh dan maut semua telah ditentukan oleh Allah.

Cover image via @kiekin_ (Instagram) & @azakin.co (TikTok)

Setiap pasangan pasti mahukan hubungan mereka ke fasa yang seterusnya bersama orang dicintai

Perjalanan dalam mengharungi sesebuah rumah tangga bukanlah satu perkara yang mudah buat bakal pengantin.

Setiap fasa perkahwinan pasti ada cabarannya yang bakal ditempuhi. Itulah ujian yang Allah berikan kepada hambanya. Bukannya menghukum tetapi ia adalah ujian menguji keimanan seseorang.

Seperti yang berlaku kepada gadis ini yang tidak kesampaian untuk melangkah ke alam perkahwinan bersama orang dicintainya kerana telah pergi buat selama-lamanya.

Tinggal beberapa bulan lagi nak nikah, tapi Allah lebih sayangkan dia

Namun, siapalah kita untuk menentukan jodoh dan ajal seseorang. Hasrat untuk mendirikan rumah tangga bersama lelaki yang dicintainya itu kini hanya menjadi sebuah memori yang tak akan pernah dilupakan.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial TikTok itu, dia sempat mengikat tali pertunangan dalam tempoh yang singkat bersama lelaki itu.

Dikatakan bakal suaminya menghembuskan nafas terakhir oleh kerana satu masalah kesihatan yang tidak didedahkan.

Gadis itu juga turut berkongsi beberapa keping gambar screenshot perbualan terakhir dia bersama Allahyarham tunangnya itu.

@azakin.co

Berapa bulan lg je nak kahwin..Memori tak kan pernah aku lupa..saya rindu awak##memories ##fyp ##tiktokmalaysia

tetap di sini - azizrinaldi

Hanya gambar dan video menjadi pengubat rindu

Apa yang lebih menyedihkan hampir 90% persiapan perkahwinan sudah dilakukan untuk majlis berkenaan yang tidak hanya kurang lebih dua bulan.

Meskipun dia tidak sempat untuk diijab kabulkan bersama tunangnya, tetapi dia tetap menerima takdir dan bersyukur kerana dapat mengenali lelaki itu.

Gadis itu turut menyifatkan Allahyarham adalah seorang tunang yang baik dan sentiasa berada disisinya dalam waktu susah dan senang.

Tinjauan di ruangan komen juga mendapati rata-rata warganet turut bersimpati di atas pemergian Allahyarham dan memberikan kata-kata positif kepada gadis itu

Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com

Memang sukar nak melepaskan orang yang tersayang pergi. Mungkin perancangan Allah itu lebih baik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: