"Cut Sugar 2 Minggu Pertama" - Wanita Ini Kongsi Tips Hilangkan Berat Badan Sampai 15kg
Amalkan gaya hidup sihat, makan bukan untuk kurus.
Bentuk badan yang ideal dan sihat menjadi impian setiap individu agar nampak lebih cergas dan menawan
Bagi yang ingin menurunkan berat badan pastinya pelbagai cara dan alternatif dilakukan untuk mendapat bentuk badan impian.
Namun, ia bukan hanya terletak pada kekerapan anda exercise saja tetapi pemakanan yang sihat dan seimbang juga penting untuk tempoh diet anda.
Seperti satu perkongsian oleh seorang wanita di Twitter ini telah memberi inspirasi dan tips bagaimana dia berjaya menurunkan berat badan daripada 65kg hingga 50kg.
Sentiasa practice makan makanan yang sihat bukan untuk kurus semata
Wanita yang dikenali sebagai Atilia itu memberitahu dia berjaya menghilangkan 15kg daripada berat asalnya yang sebelum ini 65kg dengan mempratikkan diri makan makanan yang sihat.
Memulakannya pada awal Januari yang lalu dia amat berpuas hati dengan keputusan yang diambilnya kerana ia membuahkan hasil.
Tambahnya, dia mempratikkan untuk makan makanan yang sihat itu bukan hanya kerana mahu kurus semata-mata tetapi ingin kehidupan yang lebih terjaga dan sihat.
Hampir semua makanan harian dimasak sendiri
Atilia juga turut berkongsi beberapa tips yang telah dilakukannya sehingga dia berjaya menghilangkan 15kg daripada berat badan antaranya:
1. Untuk dua minggu pertama cut sugar, masa cheat day saja minum air manis.
2. Kecilkan portion makanan kepada suku suku separuh.
3. Tukar rutin makanan harian kepada yang lebih sihat, hampir semua makanan dimasak sendiri dengan kaedah grill dan rebus.
4. Exercise. Bulan pertama exercise 5 kali seminggu, sekarang 3 kali saja seminggu.
5. Kalau rasa nak mengunyah, makan buah saja.
6. Air masak jangan tinggal.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet juga turut mengagumi tips yang telah diamalkan oleh wanita tersebut