seismik

"Sesuaikan Diet Dengan Badan" - Lelaki Ini Berjaya Turunkan Berat Dari 135kg Hingga 75kg

Kesabaran yang membuahkan hasil.

Cover image via Mohd Shameer (Facebook)

Sudah pasti semua orang mengimpikan berat badan yang ideal untuk kelihatan sihat dan cergas

Ramai yang diantara kita juga bertungkus lumus untuk menurunkan berat badan dengan pelbagai alternatif yang dilakukan.

Namun, ianya bukanlah satu perkara yang mudah tetapi sudah tentu ia bukan perkara yang mustahil untuk dilakukan.

Sama seperti perkongsian di Facebook yang dimuat naik oleh seorang lelaki berkongsikan tentang bagaimana dia boleh menurunkan berat badan hanya dalam masa 10 bulan.

Tiada perkara yang mustahil untuk dilakukan

Dengan berkat dan usaha yang diamalkan olehnya dia telah pun membuktikan bahawa ia bukan perkara yang mustahil untuk dilakukan.

"Dah masuk setahun dalam dunia diet. Dari 135kg - 75kg, still lagi dalam track sekarang untuk aim berat ideal 70kg wish me luck guys"

"if you do not move forward, you will not get results. Goodluck juga yang tengah diet," katanya.

Buat kajian dulu diet yang sesuai dengan badan sebelum mula

Shameer juga turut berkongsikan beberapa tips yang telah dilakukan olehnya sehingga dia berjaya menurunkan berat badan antaranya:

1. Mengkaji semula diet yang sesuai dengan badan sebelum diamalkan.

2. Cut off gula dan minyak kerana ia pemusnah diet.

3. Jaga pemakanan terlebih dahulu dan jangan terus melakukan exercise untuk biasakan diri dengan pemakanan baru.

4. Setiap pagi wajib breakfast. Boleh makan dengan kerap tapi dalam kuantiti yang sikit. Contoh makanan waktu pagi, selepas bangun cari air dulu then baru breakfast salad + telur rebus + pisang.

5. Untuk tengahari pula makan timun + dada ayam bakar + nasi rendah kalori dan untuk makan malam makan sebelum pukul 7, ambil timun dengan telur rebus 2-3 biji, putih sahaja, jangan ambil telur kuning. Lepas pukul 7 kena stop makan.

6. Air perlu minum lebih dari 2 liter atau 3 liter mengikut keperluan badan sendiri.

7. Selepas makan jangan terus tidur, biasakan diri untuk duduk terlebih dulu.

8. Jangan diet smpai biarkan badan lemah tanpa tenaga sebab itu akan menyebabkan metabolisma rendah dan berat tak turun.

Dia juga mengakui pelbagai kata-kata yang pernah dilemparkan kepadanya, tetapi itulah pembakar semangat buat dirinya.

Kini dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 60kg dari 135kg ke 75kg dan menutup mulut-mulut yang pernah mengutuknya.

Tinjauan di ruangan komen juga mendapati rata-rata warganet kagum dengan usaha yang telah dilakukan oleh lelaki tersebut dan memuji penampilan dirinya

Usaha tangga kejayaan, jangan give up terlalu awal ;)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: