seismik

Teruja 'First Day' Masuk Kerja, Tapi Hari Yang Sama Juga Gadis Ini Diberhentikan Majikan

Apakan daya, kesihatan diri juga lebih penting perlu dijaga.

Cover image via @dyradyre (Twitter)

Rezeki kadang kala tiba pada masa yang kita tidak jangkakan. Ianya juga boleh datang dalam pelbagai bentuk.

Sihat tubuh badan, keluarga yang bahagia, kerja yang bagus adalah antara salah satu nikmat yang diberi oleh Tuhan.

Namun, tidak semuanya akan menjadi milik kita. Kadang kala kita perlu berusaha keras untuk mendapatkannya. Seperti mencari pekerjaan pada masa pandemik ini yang begitu sukar sekali.

Lain pula dengan kisah seorang gadis yang merupakan seorang doktor gigi ini apabila tular di laman Twitter tentang kisah sedihnya yang berlaku dalam masa satu hari.

Tidak sengaja terlewat pada hari pertama kerja

Gadis yang dikenali sebagai Dr Dira itu menceritakan tentang hari pertamanya memasuki kerja sebagai doktor gigi di sebuah klinik pergigian.

Dia kemudian tidak sengaja telah terlewat untuk masuk bekerja kerana Touch 'n Go miliknya kehabisan kredit dan terpaksa berhenti ditepi jalan untuk menambah nilai.

Bad day gadis itu ternyata masih belum berakhir

Disangkakan semuanya akan okay tetapi timbul lagi satu masalah apabila dia secara tiba-tiba mengalami masalah gastrik.

Dia kemudiannya segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan terpaksa mengambil half day kerana dimasukkan ke dalam wad.

Menerima khabar dirinya sudah diberhentikan kerja

Semasa berada di dalam wad, dia menerima perkhabaran yang dirinya sudah diberhentikan kerja oleh majikannya pada hari yang sama.

Jika dilihat daripada perkongsian gadis itu ternyata ianya sangat menyedihkan, tetapi beliau menerima apa yang sudah berlaku kerana jawatan itu adalah secara part time.

Ketika artikel ini ditulis ciapan tersebut telah mendapat 4.2k retweets dan 9.7k likes.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersimpati atas dugaan yang berlaku kepada gadis tersebut

Apa pun percayalah rezeki tak pernah salah alamat. Semoga perkongsian ini boleh diambil pengajaran oleh semua pihak.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: