seismik

Demi Sesuap Nasi, 'Predator' Ini Ambil Keputusan Untuk Jual Ayam Gunting Di Tepi Jalan

Kostum itu dipakai selama satu jam bermula 5 petang setiap hari.

Cover image via Harian Metro

Wabak Covid-19 yang melanda seluruh negara telah memberi kesan yang begitu besar kepada semua. Bukan saja ekonomi malah punca pendapatan individu sendiri.

Begitulah dugaan yang perlu kita hadapi buat masa ini, lebih-lebih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan dilanjutkan sehingga Disember depan.

Tentunya keadaan ini akan menyukarkan para peniaga untuk mencari hasil pendapatan mereka.

Namun berbeza pula dengan lelaki ini apabila dia menjadi perhatian pelanggan dengan mengenakan kostum Predator ketika berniaga.

Ada yang mengagumi kostumnya dan ada juga yang menjauhkan diri

Bercakap kepada sumber, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Mohd Nor Hisham Awang Nong yang berusia 47 tahun itu memberitahu dia mengenakan pakaian itu bukan sahaja mahu mempromosikan jualan, tetapi bagi menghiburkan pengunjung.

Menurutnya, kostum itu dipakai  selama satu jam iaitu bermula 5 petang setiap hari sejak enam bulan lalu bergantung kepada keadaan cuaca.

"Memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sebagai peniaga, saya perlu melakukan inisiatif yang lebih kreatif bagi meraih jualan," katanya.
Dia juga tidak menafikan ada segelintir yang mengagumi tindakannya itu, namun tidak kurang juga ada yang menjauhkan diri kerana takut melihat 'wajahnya' yang bengis.

Image via Harian Metro

Terpaksa bersara awal untuk mengusahakan gerai sendiri

Difahamkan Mohd Nor Hisham berstatus orang kurang upaya (OKU) selepas kehilangan mata kanan sejak empat tahun lalu.

Dia yang juga merupakan kakitangan kerajaan itu mengambil keputusan untuk bersara awal dan mengusahakan gerai ayam gunting tersebut bersama isterinya.

"Saya berharap peniaga lain yang terjejas juga dapat tonjolkan kreativiti masing-masing ketika mencari rezeki," katanya.

Image via Harian Metro

Tindakan yang dianggap 'kerja gila' itu mendapat sambutan yang baik

Dia memberitahu pada mulanya, ada yang mendakwa tindakannya memakai kostum itu satu 'kerja gila'.

Tetapi kini dia telah mendapat sokongan daripada pelbagai kaum terutama yang meminati watak berkenaan.

"Saya mengambil masa selama 30 minit bagi memakai kostum dan ini juga menjadi cara saya menghiburkan diri sendiri untuk menghilangkan penat ketika mencari rezeki," katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: