seismik

[VIDEO] Sibuk Rakam Video TikTok Dengan Nenek, Tiba-Tiba Muncul Pula 'Entiti'. Alamak!

Sebijik sama pula tu dengan nenek dia.

Cover image via @julianadamh (TikTok)

Dengan adanya teknologi yang canggih pada zaman ini, anda boleh merakamkan detik-detik indah dalam kehidupan harian menggunakan pelbagai gajet

Antara salah satu teknologi yang sering kita gunakan dalam kehidupan seharian adalah telefon bimbit.

Telefon bimbit adalah satu benda keperluan yang perlu anda miliki pada hari ini kerana bukan saja untuk memudahkan anda berhubung malah, semua maklumat dapat kita perolehi darinya.

Sudah semestinya merakam dan menyimpan video atau gambar dalam telefon bimbit dapat dijadikan pengubat rindu satu hari nanti.

Namun, lain pula dengan video yang tular di laman TikTok baru-baru ini apabila muncul satu entiti ketika seorang lelaki dan neneknya sibuk membuat rakaman video.

Entiti misteri muncul menyerupai nenek tersebut

Ketika sedang sibuk merakam video bersama neneknya tiba-tiba muncul satu entiti di belakang yang saling tidak tumpah rupa yang sama seperti neneknya itu.

Kemunculan entiti tersebut telah membuatkan mereka berdua terkejut malah, membuatkan netizen yang menyaksikannya turut merasa seram.

Sempat senyum pada kamera sebelum menghilangkan diri

Tidak hanya itu, melihat kembali dalam video berkenaan entiti itu sempat senyum sebelum menghilangkan diri.

Ketika artikel ini ditulis video TikTok berkenaan telah mendapat 15.4m views, 2.3m likes dan 48.1k comments.

Lihat video penuh ini di bawah:

Tinjauan di ruangan komen juga mendapati netizen turut merasa sangsi dengan kehadiran entiti tersebut dengan meluahkan pelbagai pendapat

So, korang rasa dia edit ke tak entiti dekat belakang tu?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: