seismik

[VIDEO] Lagi Sebulan Nak Bernikah, Tapi Bakal Suami Kantoi Bercinta Dengan Wanita Lain

Lelaki itu sanggup 'angkat kaki' kerana berasa malu.

Cover image via @quanshika_ (TikTok)

Hari pernikahan pastinya menjadi detik dan momen terindah yang tidak dapat dilupakan oleh seseorang

Pada saat inilah segala kehidupan anda akan berubah, mempunyai tanggungjawab yang besar dalam sebuah rumah tangga.

Sudah tentu segala persiapan sudah dilakukan menjelang hari bahagia tersebut. Seperti urusan fitting baju kahwin bersama, tema, jemputan dan sebagainya.

Namun, lain pula dengan kisah yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita mengetahui teman lelakinya mempunyai wanita lain sebulan sebelum majlis perkahwinan.

Teman lelaki layan macam tiada apa yang berlaku

Segalanya mula terbongkar apabila wanita itu tiba-tiba tergerak hati untuk memeriksa telefon bimbit bakal suaminya itu selepas mereka pergi ke butik pengantin.

Dia kemudian memeriksa WhatsApp lelaki berkenaan dan merasa terkejut setelah menemui mesej lelaki itu dengan seorang gadis yang merupakan kawan lamanya ketika zaman persekolahan dan dipercayai menjalinkan cinta.

Ternyata dia sangat sukar mempercayai sikap lelaki berkenaan kerana memandangkan bakal suaminya itu seorang yang penyayang dan setia.

Lelaki itu enggan meneruskan perkahwinan dan memohon maaf

Selepas wanita itu mendapat tahu tentang hubungan cintanya bersama wanita lain, lelaki tersebut ada meminta maaf dan mengakui segala kesilapannya.

Tetapi apa yang lebih menyedihkan, pada mulanya lelaki berkenaan enggan meneruskan perkahwinan yang hampir siap semuanya itu.

Namun, dia kembali lagi beberapa hari kemudian dengan meninggalkan sepucuk surat buat wanita itu dengan memohon maaf dan meminta agar diberi peluang kedua untuk membetulkan semula hubungan mereka.

Lihat video penuh ini di bawah:

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut bersimpati dengan apa yang berlaku padanya dan mohon agar dia tabah pada ujian yang diberikan

Jujur antara pasangan amat penting dalam perhubungan. Selagi kita tidak berahsia, insya-Allah hubungan kita akan kekal bahagia.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: