[VIDEO] Siap 'Curi' Rakam Video, Gadis Ini Tak Sangka Berjodoh Dengan Jiran Depan Rumah
Jodoh yang tak disangka.
Tiada siapa pun yang tahu tentang jodoh kerana ianya sudah tertulis takdirnya oleh Allah
Jodoh anda pasti akan bersatu jika sudah tiba masanya. Bagi sesetengah orang, ada yang lebih memilih untuk mencari teman hidup berlainan negeri, tetapi ada juga yang mahu negeri yang sama.
Hal ini kerana jika tiba hari perayaan, feeling hendak balik kampung itu lebih terasa semasa dalam perjalanan.
Namun, lain pula dengan cerita yang tular di laman sosial TikTok mengenai seorang gadis yang tidak menyangka akan berjodoh dengan jiran depan rumahnya sendiri.
Rombongan merisik daripada jiran depan rumah
Saat mengembirakan itu dikongsi oleh rakan bakal pengantin tersebut sehingga meraih perhatian ramai.
Apa yang lebih melucukan mereka hanya mempunyai jarak sejauh lima langkah saja daripada rumah masing-masing.
Menerusi video tersebut kelihatan calon bakal suami si perempuan mula membawa rombongan untuk merisik buat gadis berkenaan dirumahnya.
Sempat curi-curi rakam video masa rombongan merisik datang
Momen yang indah itu sempat dirakam oleh gadis itu sendiri yang mengambil video secara diam-diam di celah tingkap dari atas.
Kelihatan suasana majlis tersebut berjalan dengan lancar dan meriah dengan dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat.
Ada juga yang menyifatkan berkahwin dengan orang dekat ini tidak perlu pening mengenai masalah balik ke kampung lagi.
Lihat video penuh ini di bawah:
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah dan menganggap mereka akan lebih mudah kerana rumah keluarga yang dekat