seismik

[VIDEO] Gadis Ini Tetap Kena 'Tinggal' Walaupun Dah Beri Peluang Kedua Dekat Pakwe Curang

Cantik macam ni pun tetap kena tinggal.

Cover image via @dndian1 (TikTok)

Cinta merupakan satu bentuk ekspresi seseorang meluahkan rasa sayangnya pada orang yang dicintai

Dengan cinta seseorang itu sanggup berkorban apa saja demi memenuhi pasangannya.

Namun percayakah anda rupa paras menjadi antara salah satu faktor dua insan berada dalam fasa perkenalan.

Secantik manapun anda itu bukanlah pengukur untuk seseorang bertahan dengan diri anda.

Begitulah yang terjadi kepada gadis ini apabila tular video di TikTok mengenai perangai teman lelakinya yang meninggalkannya demi gadis lain.

Sudah 3 hari bagi peluang betulkan keadaan tapi tetap kena tinggal

Menerusi video yang dikongsikan di laman sosial TikTok itu gadis tersebut membongkarkan perangai teman lelakinya yang seperti tidak menghargai peluang yang diberikan untuk berubah.

Difahamkan teman lelakinya itu 'terkantoi' menjalinkan hubungan dengan seorang perempuan yang juga bekerja di pejabat yang sama dengan lelaki itu.

Namun, setelah gadis itu mengetahuinya, lelaki tersebut meminta masa selama 3 hari untuk membetulkan semula keadaan yang berlaku.

Walaupun gadis tersebut telah memaafkan dirinya tetapi lelaki berkenaan lebih memilih untuk menamatkan kisah percintaan mereka.

Lihat video penuh ini di bawah:

@dndian1

##zoommyface Dulu ceritain ini nangis-nangis, sekarang? Jogetin ae. ##fyp

original sound - adndaaaa - D

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen juga mendapati netizen juga bersimpati dengan apa yang berlaku dan menceritakan pengalaman sama mereka

Sebab itulah dalam sesebuah perhubungan, sikap jujur sangat penting supaya tak timbul masalah :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: