[VIDEO] "Jangan Lemah" - Baru Lepas Putus Cinta, Lelaki Ini Pujuk Dengan Cara Tampar Muka
Putus cinta ni memang sakit.
Bab percintaan bukanlah satu perkara yang indah saja, kadang kala ada dukanya. Begitulah proses kehidupan sebagai seorang manusia.
Sudah pasti kebanyakan pasangan yang sedang bercinta memasang niat untuk ke fasa yang seterusnya.
Tetapi, siapalah kita untuk menentukan takdir sama ada kita boleh bersama seseorang itu atau tidak walaupun kita terlalu sayang pada dia.
Namun, jika seseorang itu putus cinta ia akan mendorongnya untuk menangis sepuas-puasnya.
Air mata yang mengalir ibarat kepada satu kesedihan dan penyesalan kepada perkara yang telah terjadi.
Lelaki pujuk rakan menangis dengan cara menampar
Selain ahli keluarga, ada kalanya rakanlah yang menjadi peneman dan semangat agar kita tidak terus bersedih.
Begitulah dengan kisah ini apabila ia video yang dikongsikan oleh seorang individu di laman sosial TikTok menjadi viral.
Menerusi video tersebut terlihat seorang lelaki sedang menangis teresak-esak kerana hubungan cintanya sudah berakhir.
Melihat keadaannya yang begitu hampa dan sedih, rakannya mula memberikan kata-kata semangat sebelum menampar sedikit di bahagian pipi rakannya itu.
Rakannya itu juga menulis pesanan di kapsyen agar lelaki itu lebih bersemangat dan kuat selepas putus cinta.
"Putus cinta bukan brarti putus semua harapan, semangat kawan jangan lemah," katanya.
Lihat video penuh ini di bawah:
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan kata-kata semangat dan memahami kesakitan itu