seismik

[VIDEO] Aksi Anak Kucing Yang 'Kedekut' Nak Kongsi Makanan Ini Buat Netizen Berdekah

Sampai meniarap tak nak kongsi makanan.

Cover image via Mohd Safri Suhaimi (Facebook)

Bagi siapa yang ada memelihara haiwan peliharaan seperti kucing pastinya sering melihat gelagat yang menghiburkan dari haiwan ini

Dengan adanya kucing, ia dapat menghilangkan rasa bosan dan sunyi dalam diri seseorang.

Gelagat mereka ini tentunya membuatkan ramai yang cair dan geli hati apabila melihat si comel itu.

Seperti yang tular baru-baru ini di media sosial apabila satu video menjukkan seekor anak kucing yang 'kedekut' dan tamak apabila dia tidak mahu berkongsi makanannya dengan seekor kucing lain meraih perhatian.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Puzzle Factory

Sanggup meniarap atas makanan sebab tidak mahu kongsi

Menerusi perkongsian video di laman Facebook, kelihatan dua ekor anak kucing berwarna putih dan kelabu sedang diberi makanan.

Namun, lain pula yang jadi apabila anak kucing berwarna putih itu dipercayai 'meniarap' di atas pinggan makanan kerana tidak mahu berkongsinya dengan kucing tersebut.

Tak peduli dengan halangan kucing itu dan terus makan

Walau bagaimanapun, kucing yang berwarna kelabu berkenaan seolah-olah tidak mempedulikan dengan tindakan kucing berwarna putih tersebut dan terus mencuba untuk mendapatkan makanan.

Jika dilihat kucing berwarna putih itu sedikit pun tidak berganjak dan cuba menetupi makanan tersebut tetapi masih lagi dimakan oleh kucing kelabu itu. Sampai habis bawah perut kucing putih dikoreknya. 

Lihat video penuh ini di bawah:

Sementara itu, rata-rata netizen juga turut terhibur melihat video berkenaan dan memberi reaksi mereka

Aduhai, terhibur betul tengok aksi kucing ni. Comel je :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: