[VIDEO] Terlalu Licin & Berkilat, Kulit Muka Wanita Ini Jadi Perhatian Netizen
Terlalu "glowy" kulit muka sampai menimbulkan kerisauan.
Setiap individu mengidamkan kulit muka yang bersih dan sihat untuk nampak tampil lebih menawan
Malah, ada yang sanggup berhabis wang membeli produk dan membuat rawatan setiap minggu bagi mengimpikan kulit wajah idaman mereka.
Ada sesetengah wanita tidak mempunyai masa untuk itu, jadi mereka menggunakan cara lain dengan rawatan kosmetik atau menggunkan produk yang menggunakan bahan terlarang dan tidak mendapat kelulusan.
Tular di media sosial Twitter baru-baru ini yang memaparkan video wajah seorang wanita yang sangat licin dan berkilat sehingga menarik perhatian ramai.
Kulit wajah nampak glowy dan sangat berkilau sehingga nampak cahaya lampu
Menerusi perkongsian video, kulit wanita berkenaan nampak begitu berkilat sehingga nampak cahaya lampu berada di permukaan mukanya.
Ia bertujuan untuk berkongsikan kejelitaan wajahnya yang kelihatan tiada cacat cela.
Wanita itu kemudian dilihat menyentuh kulitnya dengan jari bagi menunjukkan bahawa ianya bukan minyak yang menyebabkan kilauan tersebut.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen juga mendapati warganet meluahkan rasa kebimbangan dan kesan selepas melihat kelicinan wajah wanita berkenaan