"Korang Order Je, Takpa Kitaorang Hantar" - Ini Jawapan Balas Rider Kepada Customer
Ini adalah salah satu cara untuk meningkatkan hasil keuntungan yang mereka dapat.
Di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini membuat pesanan makanan dari rumah merupakan jalan paling selamat daripada pergi ke kedai makan itu sendiri
Kini semuanya di hujung jari, dari membuat pesanan makanan hinggalah kepada barang keperluan.
Semuanya boleh dihantar menggunakan khidmat delivery saja. Sangat memudahkan kita semua di musim Covid-19 ini.
Tetapi, kita sendiri tahu tugas menghantar makanan ini dikatakan agak berisiko tinggi kerana perlu berjumpa dengan ramai pelanggan, apatah lagi jika perlu dihantarnya dalam waktu hujan.
Baru-baru ini tular di laman sosial Twitter apabila seorang pengguna berkongsi screenshot yang telah mengundang rider untuk memberikan pandangan mereka.
Ramai vote tidak memesan makanan sewaktu hujan
Menerusi perkongsian tersebut, kelihatan soalan di Instagram story itu bertanyakan "Adakah anda membuat pesanan dari Grabfood atau Foodpanda ketika hujan?" di mana 79% orang menjawab tidak.
Posting tersebut telah memanggil seorang rider untuk menceritakan kepada pengguna Instagram berkenaan bahawa orang ramai boleh memesan makanan seperti biasa walaupun dalam waktu hujan.
Pesanan waktu hujan satu-satunya melariskan penghantaran mereka
Rider berkenaan juga memberitahu waktu hujan adalah satu-satunya cara untuk mereka meningkatkan keuntungan hasil daripada penghantaran makanan tersebut.
Justeru, dia mengingatkan orang ramai agar tidak perlu risau tentang rider kerana hujan dan sebagainya.
Malah, dia juga meminta supaya pelanggannya sedikit bersabar ketika memesan makanan waktu hujan kerana perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.
Jawapannya itu turut mengundang rider lain menyokong kenyataan tersebut dan mengakui berasa sedih setiap kali hujan kerana keuntungan yang tidak begitu banyak.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rider dan warganet juga turut memberi pandangan mereka mengenai perkara tersebut