"Malu Tahap Dewa" - Pengantin Nervous Tersasul Sebut Alat Sekolah Sebagai Mas Kahwin
Persiapan untuk anak agaknya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Majlis akad nikah merupakan hari bahagia untuk pasangan mempelai sebagai tanda hubungan mereka digelar sah
Namun , ketika itu sudah tentu kaum lelaki yang akan merasa gementar untuk melafazkan ijab qabul dengan lancar.
Tidak terkecuali dengan seorang pengantin lelaki di Indonesia yang videonya tular baru-baru ini apabila dia tersasul semasa ijab kabul telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tersalah sebut 'peralatan sekolah' sebagai mas kahwin
Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan pengantin sedang duduk di bawah untuk menjalankan upacara akad nikah.
Apa yang lebih melucukan adalah apabila pengantin lelaki itu melafaz ijab qabul dengan gementarnya. Dia dilihat tersasul dan menyebut peralatan sekolah sebagai mas kahwin. Sepatutnya, dia perlu menyebut alat solat.
Situasi itu bikin semua tetamu yang hadir dekah mentertawakan gelagat lucu itu.
Image via @majeliskopi08 (Instagram)
"Nampaknya dia buat persiapan awal tu, kalau dikurniakan anak, kelengkapan sekolah semua dah ada" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 47K tontonan, 2K tanda suka dan 102 komen di Instagram, rata-rata netizen turut terhibur dengan pengantin lelaki itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @majeliskopi08 (Instagram)
Image via @majeliskopi08 (Instagram)
Image via @majeliskopi08 (Instagram)
Aduhai lawaklah, tak apa bro benda boleh ulang lagi sekali! :P
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment