"Mana Dia Rembat" - Buat Baju Guna Bendera Parti Politik, Pemuda Catwalk Ini Undang Tawa
Amboi dik.
Seperti umum ketahui, Pilihan Raya Umum yang ke-15 (PRU15) akan berlangsung tidak lama lagi
Semua rakyat digalakkan untuk keluar mengundi. Sebelum mengundi, sudah pasti kita perlu tahu beberapa perkara termasuklah parti politik dan calon yang bertanding.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang pemuda dilihat memperagakan baju setiap parti politik telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Siap design baju guna bendera parti politik
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang mengenakan baju yang direkanya sambil catwalk di depan rumah.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia dilihat mereka baju mengikut parti politik. Dia siap design menggunakan bendera yang ada. Antara gaun parti yang telah direka adalah Barisan Nasional (BN), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Patut dia orang berkempen macam ini dah sekarang baru menarik perhatian" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3M tontonan, 202K tanda suka dan 6K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @wafieyneedu (TikTok)
Image via @wafieyneedu (TikTok)
Image via @wafieyneedu (TikTok)
Dah macam fashion show dah ni! :D
Image via GIPHY
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment