"Pandai Marketing" - Peniaga Sate Guna Semua Nama Parti Politik Ini Menarik Perhatian
Ingat manifesto parti mana tadi.
Setiap usahawan yang meniaga sudah tentu akan ada pelbagai teknik pemasaran
Iyalah, supaya perniagaan mereka dapat berjalan dengan lancar dan menguntungkan para usahawan. Oleh sebab itu, anda akan lihat ramai orang membuat konten marketing untuk menaikkan perniagaan mereka.
Sama juga dengan gambar yang tular baru-baru ini apabila seorang peniaga sate membuat banner yang merangkumi semua nama parti politik telah mencuri tumpuan.
Lihat posting itu di bawah:
Buat perenggan ayat dan masukkan semua nama parti politik
Menerusi gambar berkenaan, kelihatan peniaga sate sedang membuat marketing melalui banner yang dipacakkan di depan kedai.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dalam setiap ayat yang ditulisnya itu pasti dimasukkan nama parti pollitik serta warna logo mereka.
Banner itu pada awalnya kelihatan seolah-olah banner parti tentang manifesto, rupa-rupanya apabila baca ia adalah sekadar pemasaran kedai sate. Ramai memuji peniaga itu sangat kreatif.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!