Maria's SteakCafe - 'Hidden Gem' Di Bandar Utama Ini Hidang Stik Dengan View Yang Memukau!
Semuanya sedap! :D
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Terletak di tingkat 30, 1 Powerhouse Bandar Utama, Maria's SteakCafe adalah satu-satunya restoran menghidangkan makanan stik enak bertemankan pemandangan cantik yang memukau!
Maria's SteakCafe adalah perniagaan kecil sepasang suami isteri yang bermula di pekan Ipoh dan hari ini jenama ini telah berkembang dengan beberapa pembukaan cawangannya di sekitar Lembah Klang.
Image via Maria's SteakCafe
Image via Maria's SteakCafe
Berkonsepkan moden dan elegan, hidden gem ini menyerlahkan lagi suasananya dengan lengkapan tingkap yang besar, memancarkan bahagian dalam dengan cahaya semulajadi yang hangat. Manakala, pada waktu malam, ia akan membuatkan anda benar-benar terasa seperti sedang menikmati makanan enak di puncak dunia.
Gabungan suasana selesa dan makanan mewah menjadikan restoran ini sebagai tempat yang sesuai untuk makan malam bersama keluarga dan yang tersayang.
Image via SAYS
Bertepatan dengan konsepnya, restoran ini menyajikan makan stik dan makanan laut berkualiti terbaik sahaja untuk para pelanggannya
Image via SAYS
Sudah tentu sebab utama untuk anda datang ke restoran ini adalah untuk menikmati stik, dan Maria's SteakCafe sudah pastinya tidak akan menghampakan niat anda itu kerana restoran ini akan memastikan setiap perincian yang dihidang dengan sempurna.
Juadah pertama yang perlu anda cuba adalah Australian Tomahawk, yang berharga RM89/100g. Rasanya sangat sedap dan tekstur dagingnya juga sangat lembut untuk dimakan. Maria's SteakCafe memastikan hanya potongan daging lembu yang berkualiti tinggi sahaja akan disajikan buat para pelanggannya.
Bukan itu sahaja, stik di sini dihidangkan dengan teliti mengikut tahap kematangan yang diminta oleh setiap pelanggan. Anda nak rare, medium-well, well-done pun tak ada masalah kerana tidak kiralah tahap kematangan mana yang anda pilih, ia tidak akan langsung menjejaskan rasa kesedapan stik di sini.
Potongan daging kambing yang juicy dan menyamankan!
Image via SAYS
Potongan daging kambing New Zealand tidak kurang hebatnya. Dengan harga RM108, ia menampilkan trio potongan daging lembut dan juicy yang menggembirakan untuk dijamu dan dikongsi bersama rakan dan keluarga.
Mereka yang menggemari makanan laut mewah boleh menikmati kerang Jepun yang dimasak dengan penuh rasa bertemankan tomato salsa yang disajikan sebagai pembuka selera.
Bagi pelanggan yang mencari sesuatu yang ringkas tetapi memuaskan untuk hidangan utama, Seafood Aglio Olio, yang dihidangkan dengan kerang dan udang segar pasti membuatkan anda teruja.
Image via SAYS
Bukan itu saja, yang berjaya mencuri perhatian kami dan paling menyerlah ialah hidangan Kaviar Sturia — makanan istimewa yang berharga RM390/30g, dimakan terus dari tin bersama keropok dengan hanya sedikit krim creme fraîche.
Ia bukan makanan harian yang biasa kita makan, tetapi ini pastinya pengalaman yang unik untuk yang mencubanya. Kaviar menawarkan rasa laut yang segar dan rasanya sangatlah luar biasa berbanding makanan laut yang lain.
Image via SAYS
Jadi tunggu apa lagi? Jom nikmati makanan di sini:
Alamat:
L-30 (Skyforest), Zone 4-A, 1 Powerhouse,
No.1, Dataran Bandar Utama, Bandar Utama,
PJU 6, 47800, Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi:
12pm - 11pm (setiap hari)
Buat tempahan di sini:
03-77252313 / 016-9020490
Website | Facebook | Instagram
Lagi tempat makanan menarik untuk anda cuba!
Leave a comment