seismik

Puas Jalan Satu KL, Gadis Kongsi Itinerari ‘Daytrip’ Siap Makan Sedap & Pergi Tempat Best!

Weekend ni, jom? :)

Cover image via Twitter @Zuliana_Azira

Bila dah kerja hari Isnin hingga Jumaat, hujung minggu mulalah terfikir nak ke mana untuk luangkan masa bersama rakan dan keluarga

Image via Tenor

Malas nak keluar dari KL sebab letih kerja masih belum hilang. Kadang-kadang rasa macam nak jalan dalam KL untuk explore lebih banyak tempat makan sedap dan tempat ambil gambar untuk cantikkan lagi profil Instagram.

Best juga sebenarnya kalau dapat buat semua itu di hujung minggu. Taklah bosan sangat!

Tak tahu mana tempat menarik yang perlu anda kunjungi untuk luangkan masa? Lihat perkongsian gadis ini yang sudah puas jalan satu KL.

Memang lawa dan best tengok!

Perkongsian gadis yang dikenali sebagai @Zuliana_Azira ini telah meraih perhatian ramai di laman Twitter dengan lebih 5.4k retweets dan 10.8k likes ketika artikel ini ditulis.

Lihat penuh di bawah:

Makan pagi di Capital Cafe, Jalan TAR. Menurutnya, makanan di situ sangat murah dan setiap set hanya RM3 sahaja.

Menu paling sedap adalah roti steam seperti gambar di bawah:

Selepas makan pagi, mereka terus cari lokasi untuk ambil gambar 'OOTD' di KL Forest Eco Park dan Bukit Bintang.

Masuk adalah PERCUMA!

Nampak, cantik bukan gambar-gambar? Memang insta-worthy habis!

Untuk makan tengahari, mereka ke Restoran Sambal Hijau yang terletak di Sungai Penchala

Set makanan yang diambil hanyalah RM67 untuk empat orang makan. Menurut mereka, sangatlah murah dengan menu sotong bakar dan siput sedut yang memang memuaskan.

Selepas makan tengahari, tekak nak makan benda manis pula. Mereka terus ke kedai Shaun Teo Creations, Damansara.

Set dessert yang mereka order ini berharga RM80+ dan memang sangat sedap. Menurut gadis ini, dia sangat sukakan toast bread dan pumpkin soup mereka.

Untuk penutup jalan-jalan cari makan kali ini, dia turut ke sebuah kedai aiskrim Turki di Pavilion

2 scoops berharga RM10, perisa mango memang sedap!

Apa lagi? Jom ajak kawan-kawan jadi 'tourist' di KL? :)

Image via Giphy

P/S: Trip ini ditaja sepenuhnya oleh SoulusiMY.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nak idea tempat menarik lagi? Lihat di bawah:

More stories to read: