Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Mat Salleh Kongsi Perubahan Diri Lepas 3 Bulan Duduk Malaysia Ini Curi Tumpuan Ramai

Baru tiga bulan duduk Malaysia dah ada 'sayang' ya.

Cover image via @_gbv._ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, Malaysia sememangnya menjadi tarikan pelancong luar negara kerana adat dan budayanya yang pelbagai

Jadi, tidak hairanlah jika kita lihat ramai pelancong dari luar negara menetap di Malaysia dalam tempoh masa yang lama. Malah, ada yang berkahwin dengan orang Malaysia sendiri kerana cintakan budaya kita tau.

Baru-baru ini, tular pula sebuah video memaparkan seorang Mat Salleh yang menunjukkan perubahan dirinya selepas tiga bulan duduk di Malaysia telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Baru tiga bulan duduk Malaysia dah fasih cakap Bahasa Melayu

Menerusi video yang dikongsi oleh @gbv., kelihatan Mat Salleh itu merakam dirinya di depan cermin sambil menunjukkan pemakaiannya dari bulan pertama hingga bulan ketiga dia berada di Malaysia.

Apa yang menarik perhatian adalah pada awalnya, dia dilihat memakai sweater dan topi. Namun lama kelamaan, gayanya berubah sehingga dia sudah pandai memakai kain pelikat seperti orang Malaysia.

Lebih menghiburkan lagi, dia juga sudah pandai membuat pesanan makanan dalam Bahasa Melayu sekali gus membuatkan ramai tergelak melihat caranya bertutur. 

Image via @_gbv._ (TikTok)

"Bulan keempat kau tunjuk-tunjuk je lauk tu isyarat tangan haha" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 1M views, 107.8K likes dan 771 shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan kagum dengan kesungguhan Mat Salleh itu untuk belajar Bahasa Melayu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @_gbv._ (TikTok)

Image via @_gbv._ (TikTok)

Image via @_gbv._ (TikTok)

Image via @_gbv._ (TikTok)

Image via @_gbv._ (TikTok)

Image via @_gbv._ (TikTok)

Image via @_gbv._ (TikTok)

Image via @_gbv._ (TikTok)

Comel je part dia cakap "masehhh" tu. Cukup setahun mesti dah boleh cakap macam-macam loghat pula :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment