Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Matang Sebelum Usia" - Kanak-Kanak Umur 12 Tahun Jaga Ibu Sakit Strok Buat Ramai Sebak

SubhanAllah, anak yang hebat.

Cover image via @norasni31 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular baru-baru ini kisah seorang budak lelaki berusia 12 tahun sanggup mengorbankan masa kanak-kanaknya demi menjaga ibu yang terlantar sakit di hospital

Menerusi perkongsian video daripada seorang pengguna di TikTok iaitu @norasni31, kanak-kanak yang dikenali sebagai Iman itu juga dikatakan sanggup makan dan tidur di lantai wad bagi memastikan ibunya berada dalam keadaan selesa.

"Ni adik Iman, umur 12 tahun. Anak tunggal. Sepanjang aku berada di sini, dia sorang-sorang jaga ibu dia yang terkena strok.

"Tak duduk diam dia untuk memastikan ibunya betul-betul dalam keadaan selesa. Dia yang akan tukarkan pampers ibu dia, lapkan badan ibu dia. Dia buat sendiri tanpa ada bantuan sesiapa," katanya.

Image via @norasni31 (TikTok)

Image via @norasni31 (TikTok)

"Doktor sendiri tidak tahu sama ada Iman faham atau tidak. Apa yang diterangkan dan apa yang perlu dibuat pada usia 12 tahun. Semoga Iman kuat dalam menjalankan tanggungjawab biarpun masih terlalu muda.

"Kita yang dewasa ini pun belum tentu dapat melakukan apa yang dilakukan Iman, sanggup berjaga siang dan malam. Semoga Allah permudahkan urusan kamu dik," katanya lagi.

Lihat video penuh di bawah:

Allahuakbar, sebaknya tengok. Semoga ibunya cepat sembuh dan urusan adik Iman dipermudahkan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment